Wednesday, February 11, 2015

Khusyuk Solat - Baiklah Manusia

JIKA ingin membaiki dunia, perlu dibaiki manusia. Untuk membaiki manusia, perlu dibaiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan MEMPERBAIKI SOLAT. Abu Hurairah r.a. pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang orang yang solat tetapi masih mencuri. Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat-laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri, iaitu apabila dia MEMPERBAIKI MUTU SOLAT. Bila solat sudah baik, in sya Allah, dia akan JADI BAIK.
Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, HARDWARE dan SOFTWAREnya. Hardware solat ialah tentang RUKUN FI’LI atau PERBUATAN FIZIKAL seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya. Software pula tentang RUKUN QAULI pada makna bacaan di lidah dan RUKUN QALBI pada rasa yang bersemi di hati.
Cari makna bacaan surat Al Fatihah, cari tafsirannya, cari simbolik daripada perbuatan rukuk, sujud dan berdiri betul. Ilmu tentang SAH, BATAL, HALAL dan HARAM adalah AWALAN. Perlu dilanjutkan sehingga kita memahami dan menghayati semua rukun solat. Memang kita perlu jaga tujuh anggota sujud, tetapi kita perlu juga menghayati rasa HINA DIRI, HARAP, MALU, TAKUT, KAGUM kepada Allah dalam sujud. Itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan RUKUN QAULI (BACAAN) dan RUKUN FI’LI (PERBUATAN) dalam solat. Itulah ROH SOLAT, yang lainnya hanya JASAD. Kata Imam al-Ghazali, solat yang dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sdak tama keadaannya dengan mempersembahkan “bangkai bernyawa.” Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk KHUSYUK.
Orang yang enggan solat ialah orang yang rasa dia tidak memerlukan Allah dalam hidupnya. Dia tidak nampak KEBESARAN ALLAH SEBAB DIA TIDAK RASA KEKERDILAN DIRINYA. Jadi dia merasa DIRINYA, atau MAKHLUK-MAKHLUK LAIN atau PERKARA-PERKARA LAIN itu yang LEBIH BESAR. Kekaguman dan PERGANTUNGAN dia BUKAN kepada Allah, tetapi kepada SEMBAHAN LAIN selain Dia. Orang begini menjadi HAMBA KEPADA DIRI SENDIRI atau HAMBA KEPADA ORANG LAIN atau HAMBA KEPADA BENDA dan PERKARA LAIN. Sesungguhnya dia BUKAN HAMBA ALLAH!!![Bila Beduk Diketuk]

No comments:

Post a Comment