Saturday, February 7, 2015

Bahaya Rumput Miang Mexico

Digelar sebagai "Rumpai paling teruk pada abad ini", ia membebaskan kimia yang memusnahkan flora dan tanaman sehingga petani kerugian besar, menyebabkan orang yang terkena padahnya demam dan bengkak kulit hingga berparut kekal, toksinnya membuatkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang memakannya mendapat demam, ulser mulut, anoreksia dan kerosakan usus. Dinamakan PARTHENIUM HYSTEROPHORUS,atau digelar "RUMPUT MIANG MEXICO' ia mula dikesan lewat September 2014 di Ulu Yam, Selangor, dan kemudiannya merebak ke Perak, Kedah dan Negeri Sembilan. Dipercayai tumbuhan ini tiba di Malaysia menerusi biji benih yang melekat pada mesin atau baja yang dimport dari luar negara. Tumbuhan berbunga putih 4-6mm ini berasal dari Mexico dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Ia menghasilkan beratus ribu biji benih berwarna hitam keperangan berukuran 2mm dalam tempoh kitaran hayatnya selama 4 minggu. Mampu membiak dengan pantas, tumbuhan yang seakan-akan ULAM RAJA, P.HYSTEROPHORUS ini diklasifikasikan sebagai perosak berbahaya di bawah Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 kerana sukar dimusnahkan dengan racun rumpai.
Keupayaan biji benihnya berkeadaan 'dormant' di dalam tanah sehingga 10 tahun menjadikan usaha memusnahkannya agak mustahil. Tumbuhnya di tepi-tepi jalan berhampiran kawasan kediaman dan kedai, ladang sawit, sawah padi, dan juga tali air memudahkan penyebarannya dan ini membawa kebimbangan kerana orang ramai mudah terkena mana-mana bahagian pokoknya. Pengidapnya bengkak kulit dan gejala-gejala itu mengambil masa sehingga tiga bulan untuk surut. Bagi mengawal pertumbuhannya Jabatan Pertanian ia dimusnahkan sebelum berbunga dan mengeluarkan biji benih, menyekat kehadirannya di kawasan-kawasan kediaman dengan menyembur air garam dengan sukatan 1 bahagian garam dan 4 bahagian air.

No comments:

Post a Comment