Monday, February 23, 2015

Perjuangan Rakyat Palestin

Rakyat Palestin melancarkan konfrontasi besar-besaran dinamakan INTIFADHAH bagi menentang tentera Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada Disember 1987.Ia berterusan sehingga Mei 1994. Ia mengejutkan penjajah Israel dan kuasa antarabangsa. Faktor yang membawa kepada meletusnya intifadhah ialah 1) Amalan penindasan yang dialami oleh rakyat Palestin. 2) Cubaan menghapuskan kewujudan bangsa Palestin dan penyitaan tanah mereka.3) Pengepungan ekonomi bangsa Palestin di dalam negara oleh penjajah.4) Rakyat Palestin berputus asa terhadap mana-mana penyelesaian politik mahupun keperihatinan negara-negara Arab.5) Cubaan menyingkirkan isu Palestin di peringkat antarabangsa. 6) Kebangkitan Islam berkembang di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.7) Kemerosotan pengaruh politik Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Percikan api intifadhah dilancarkan pada 8 Disember 1987 selepas insiden treler Israel melanggar secara sengaja dua buah lori kecil yang mengangkut para pekerja Palestin dari kem pelarian Jabaliya.Kemalangan tersebut telah mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.Ekoran daripada itu, kekacauan telah berlaku dan merebak ke kem-kem pelarian di Tebing Barat dan akhirnya meliputi seluruh bumi yang dijajah.Ia telah mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Palestin. Metod Israel menghadapi Intifadhah ialah dengan: 1) Melaksanakan prinsip 'Rabin' untuk menghancurkan tulang kerangka intifadhah berdasarkan nasihat Amerika. 2) Mengusir beratus penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. 3) Menjalankan hukuman beramai-ramai seperti penyeksaan penduduk kampung ,sekatan perjalanan dan memutuskan sistem pengangkutan dan komunikasi.4) Menggunakan peluru hidup yang diharamkan pihak Antarabangsa.5) Menyekat keperluan asas dan mengurangkan pengaliran wang. 6) Penduduk awam Yahudi turut bersama tentera Israel menggunakan senjata untuk menakutkan serta membunuh orang awam. [Sumber: Dunia Islam Kini oleh Dr.Taufiq Yusuf Al-Waie]
Dalam perang 51 hari tahun 2014 lalu Gaza menunjukkan kemampuan menghasilkan kelengkapan ketenteraan 100% dengan tangan mereka sendiri berupa roket, senapang, sehinggalah pesawat tanpa pemandu. Keberhasilan ini tidak mampu ditandingi oleh negara-negara Arab lain. Beginilah kreatifnya manusia yang hidup dalam kepungan.

No comments:

Post a Comment