Saturday, November 22, 2014

Persaudaraan Sesama Muslimin

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai karib kerabat. Aku sentiasa MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIMI kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Aku sentiasa BAIK kepada mereka, tetapi mereka jahat kepadaku. Aku sentiasa SANTUN kepada mereka, tetapi mereka jahil kepadaku. Bagaimana itu?” Jawab Nabi saw, “Jika benar kamu telah berbuat seperti yang kamu katakan itu, seolah-olah kamu telah menyebabkan mereka menjadi bosan, tetapi Allah sentiasa akan menolong ke atas mereka SELAMA KAMU TETAP BERLAKU DEMIKIAN. [Shahih Muslim no 2188]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Kerana itu janganlah menganiaya dia, jangan membiarkan dia teraniaya. TAQWA tempatnya di sini! Sambil Baginda menunjukkan ke dadanya tiga kali.---Alangkah besar dosa menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. Haram merampas hartanya, dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya.” [Shahih Muslim no. 2193]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seluruh amalan manusia dipersembahkan kepada Allah SWT dalam seminggu (seJumaat) sebanyak dua kali iaitu pada hari ISNIN dan KHAMIS. Allah mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang mukmin, KECUALI orang yang bermusuhan. Maka dikatakan: Tinggalkanlah kedua orang itu dahulu, sampai mereka berdamai.” [Shahih Muslim no. 2196]

No comments:

Post a Comment