Wednesday, November 19, 2014

Khasiat Daun Salad Dan Brokoli

Antara khasiat sayur daun salad ialah ia menjadi penawar masalah insomia atau gangguan tidur kerana adanya sejenis bahan yang di kenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif iaitu mempunyai kesan menenangkan. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, potassium, vitamin A dan C, magnesium dan zink, daunnya juga mengandungi karotin,serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak menlancarkan sistem pernafasan. Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kecing manis, gout, penyakit jantung dan membantu sistem penghadaman.
Kajian menunjukkan bahwa diet kaya brokoli dapat mengurangi risiko beberapa jenis kanser. Brokoli juga memiliki sifat anti-penuaan, kaya dengan serat yang membantu pencernaan dan mencegah sembelit, membantu menurunkan kolesterol dan mengawal tekanan darah. Kaya kromium membantu membentuk insulin dan mengawal diabetes. Vitamin C dalam brokoli membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang membantu mencegah dan menghilangkan radikal bebas. Beta-karoten dalam brokoli melindungi mata dan mencegah katarak. Brokoli kaya dengan kalsium, magnesium, zink, dan fosfor, brokoli membantu menjaga tulang kuat yang kuat. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

No comments:

Post a Comment