Monday, November 10, 2014

Ayah - Berikan Hak Anakmu

Pada zaman KHALIFAH AMIRUL MUKMININ SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A berlaku satu peristiwa di mana ada seorang ayah datang mengadu kepada khalifah berkaitan PERANGAI BURUK ANAKNYA… Lalu setelah mendengar pengaduan si ayah tadi, Khalifah memanggil si anak untuk menanyakan hal yang sebenarnya…. Sebaliknya anak itu bertanya pula kepada Khalifah, "APAKAH HAK-HAK YANG SEPATUTNYA DIBERIKAN OLEH AYAH KEPADA ANAK... Khalifah lalu menerangkan bahawa seorang ayah perlu menunaikan 3 perkara iaitu: MEMILIH IBU YANG BAIK KEPADA ANAKNYA, MEMBERI NAMA YANG BAIK kepada anaknya, dan MENGAJARKAN AL-QURAN kepada anaknya. Lalu si anak berkata TIADA SATU PUN YANG DITUNAIKAN OLEH AYAH KEPADANYA... Ibunya seorang yang datang daripada keturunan yang tidak baik, nama yang diberikan si ayah kepadanya adalah nama seekor binatang, dan DIA JUGA TIDAK PERNAH DIAJAR BERKAITAN AL-QURAN WALAU SATU AYAT…. Khalifah terkejut lantas berkata pada si ayah: “KAMU TELAH DERHAKA KEPADA ANAKMU TERLEBIH DAHULU, SEBELUM ANAKMU DERHAKA KEPADAMU.”….
Masyarakat kita pada hari ini sering TERLEPAS PANDANG berkaitan penerapan didikan al-Quran atau nilai agama kepada anak-anak bermula daripada usia kecil…. Kebanyakan ibubapa lebih mementingkan KEJAYAAN AKADEMIK berbanding kejayaan bidang agama....MARILAH KITA PERBETULKAN SEMUA HALATUJU PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA…. Jangan sampai mereka ‘MENUNTUT’ di hadapan Allah SWT terhadap kita, kerana TIDAK MENGAJAR MEREKA SOLAT, MEMBACA AL QURAN, MENUTUP AURAT dan sebagainya, sehingga mereka ‘jahil’ tentang agama mereka sendiri dan tidak mengamalkan ajarannya….…. Wallahu a'lam......[ Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment