Sunday, November 9, 2014

Air Mata Taqwa Memadam Api Neraka

Dalam kitab, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada HARI KIAMAT nanti, akan didatangkan NERAKA JAHANAM dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat akan duduk berlutut kerana ketakutan dan kesusahan menghadapinya… Allah SWT berfirman yang bermaksud: "KAMU LIHAT (PADA HARI ITU) SETIAP UMAT BERLUTUT… Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa yang telah kau kerjakan."… (Surah al-Jathiyah: 28).
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar suara api neraka yang menggerunkan, dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan… Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan: "DIRIKU, DIRIKU (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku.".. Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW...Pada masa itu akan keluarlah api NERAKA JAHIM dengan suaranya yang gemuruh, seperti gunung besarnya… Kemaraannya tidak dapat disekat lagi…. Malaikat Jibrail a.s. berkata: "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"… Kemudian Jibril membawa SEMANGKUK AIR… Berkata Jibril A.S.: "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."… Lalu Baginda SAW mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu…
Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya kepada Jibril A.S: "Wahai Jibril, air apakah itu?" Maka Jibril a.s. berkata: "ITULAH AIR MATA ORANG YANG DERHAKA DI KALANGAN UMATMU, YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT... Aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T." Telah bersabda Rasulullah SAW: " YA ALLAH, ANUGERAHILAH KEPADA KAMI DUA BIJI MATA YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA-MU, sebelum tidak ada lagi air mata."…. Wallahu a'lam. [ Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment