Thursday, November 13, 2014

Pasu Cipta Pelbagai Visual

Pasu atau bekas tanaman hiasan yang sesuai diletakkan pada mana-mana sudut laman kediaman pastinya mencipta pelbagai visual disebabkan ia didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, kemasan dan tekstur. Elemen hiasan itu dapat mengubah, mencorak dan memberi kelainan selain impak serta-merta di sudut laman.Suasana taman juga aspek penyelenggaraan pasu yang menempatkan setiap tanaman hiasan perlu diberi perhatian termasuk kaedah pemasuan semula.Kaedah itu penting bagi memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.Pada masa sama membantu melancarkan kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja.Bagaimanapun, perlu juga mengenal pasti tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula apabila ia sudah retak, pecah atau akar telah terkeluar daripada lubang saliran pasu.Medium terlalu padat menyebabkan akar sukar menembusi medium. Jika mendapati air siraman di permukaan medium dan tanaman kurang subur dan berpenyakit, pasu itu harus ditukar. Sebelum membeli pasu, kenal pasti pasu jenisnya sama ada berasaskan simen, plastik, tanah liat, seramik atau bahan terbuang.Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak dipasu semula. Pasu seharusnya mempunyai lubang saliran bagi memudahkan air yang berlebihan keluar, dan pasu itu mudah dibersihkan. Jika anda gemarkan pemandangan semula jadi, kehadiran lumut pada pasu bagaikan pelengkap keaslian. Apabila proses berkenaan sudah selesai, bolehlah mulakan tata hias ruang dengan pilih tanaman hiasan dengan ketinggian berbeza dari jenis sama dan tanam bersama secara kelompok. Anda yang gemar mencipta kesan moden, padankan sekurang-kurangnya tiga saiz dan gaya tanaman bersama.Selain kombinasi warna, anda boleh menjarakkan tanaman dalam pasu. Tanaman yang mempunyai jangka hayat pendek tidak memerlukan saiz pasu yang besar.[ Harian Metro]

No comments:

Post a Comment