Wednesday, July 30, 2014

Pendapat Penganalisis Israel Mengenai Cara Al Qassam

Penganalisis Ketenteraan Israel meneliti Serangan Hendap terbaru yang berjaya dilakukan skuad Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas sebuah kem tentera penjajah di Nahal Oz Timur Hayyu Syujaiyyah: 1. Skuad Komando Al-Qassam memakai pakaian tentera Israel dan ini mengelirukan tentera yang tidak syak terhadap kelibat Al-Qassam. 2. Skuad komando Al-Qassam tidak meletupkan menara walaupun mereka membawa senjata RPG kerana ia akan menarik perhatian menara lain untuk melaporkan kepada pusat lain. 3. Skuad komando Al-Qassam tidak memusnahkan dan merosakkan apa-apa barang dan lokasi supaya tidak merosakkan wayar silikon yang akan menghantar signal kepada kem tentera yang lain. 4. Jarak masa menyerang hanya sekitar 2 minit adalah jarak masa yang tepat dalam operasi (attack and run), baki masa digunakan untuk menyelamatkan diri berundur ke dalam terowong. 5. Skuad komando Al-Qassam tidak menggunakan tembakan secara banyak dan rambang supaya tidak mengejutkan tentera yang berada di atas menara. 6. Penggunaan kamera dalam operasi adalah sesuatu yang berani seolah-olah mengetahui bahawa misi mereka akan berjaya. 7. Menutup muka dan bunyi suara adalah satu teknik supaya tidak dapat dikesan oleh tentera penjajah selepas ini. 8. Hampir 6 orang anggota digunakan, 3 di luar dan 3 di dalam dan operasi berjalan dengan penuh cermat dan berjaya. Senjata yang dirampas adalah sejenis senjata yang digunakan oleh pasukan elit tentera Israel. Ia ringan dan kecil serta mengeluarkan peluru dalam masa yang singkat dan banyak.

No comments:

Post a Comment