Thursday, July 3, 2014

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh

Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia". Jin masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, ia boleh mempengaruhi bahagian mana saja. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara untuk mengesan jin didalam tubuh, anda pegang nadi sebelah kiri anda dan baca doa ini: 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1 kali, 2. Selawat Nabi 3 kali, 3. Surah Al-Fatihah 1 kali, 4. Ayat Kursi 3 kali, 5. Zikir Lailahaillallah 100 kali.
Sekiranya semasa membaca ayat-ayat di atas badan terasa seperti yang dinyatakan di bawah ini, itu tandanya tubuh badan anda dihuni jin. Segeralah pergi membuat rawatan Islam yang berhampiran. Tanda-tanya ialah: 1.Bergetar/menggigil, 2.Panas, 3.Pening, 4.Muntah, 5.Terasa benda bergerak-gerak di badan, 6.Mengantuk. AMARAN: JANGAN LAKUKAN INI KETIKA BERSEORANGAN DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment