Saturday, July 26, 2014

Bantuan Dari Langit?

Terdapat 6 peristiwa ajaib berlaku sewaktu peperangan tersebut: PERISTIWA 1 ------- Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, dalam satu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang supaya tidak menembak kereta kebal Yahudi yang masuk ke kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah tamat adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih belum digunakan! Lalu siapakah yang menembak tentera Israel itu??? Allahu Akbar!
PERISTIWA 2 ------- Tentera Yahudi yang cedera dan ditemuramah oleh TV Israel mengatakan, mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? PERISTIWA 3 ------- Tentera Yahudi yang buta selepas serangan menyatakan, mata mereka dilempar pasir dan mereka tidak tahu siapa yang melakukannya. PERISTIWA 4 ------- Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!Allahu Akbar!
PERISTIWA 5 ------- Pada permulaan perang, ketika roket Hamas hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!
PERISTIWA 6 ------- Seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".MasyaAllah, Rasulullah s.a.w. sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Jangan berhenti berdoa, sahabat..Allahu Akbar!!! [BANTUAN DARI LANGIT / QUNUT NAZILAH]

No comments:

Post a Comment