Wednesday, July 16, 2014

Hitler Habiskan Sisa Usianya Di Indonesia?

Selama ini anda mungkin percaya kalau Hitler benar-benar mati membunuh diri dengan sama ada menembak diri mahupun meminum racun. Cerita ini disampaikan oleh musuh-musuh utama Hitler setelah mereka gagal menemui jasadnya seusai tamatnya Perang Dunia Kedua. Umum tahu musuh utama Hitler ialah Tentera Bersekutu dan Yahudi yang dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran Holocaust itu. Apa pun yang penting Hitler tidak mati seperti yang dikhabarkan seluruh dunia oleh media global Yahudi, bahkan bukti-bukti kukuh menjelaskan Hitler menghabiskan sisa hidupnya di Indonesia.
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar sehingga kepada pertemuannya dengan seorang wanita Sunda yang akhirnya menjadi isterinya? Saksi utama dalam hal ini ialah Dr Sosro Husodo yang bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semua kisah ini lengkap dengan dokumen dan foto-foto yang sedia ada.
Pada tahun 1954, Adolf Hitler masuk ke Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu, kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar. Di sana dia bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini dengan gelaran "Doktor Jerman".Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm. Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler. sama seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Tulisan tangannya di buku tersebut sangat mirip dengan tulisan tangan Hitler.Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ia merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.
Hitler bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih dan kemudian melamarnya. Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahi Sulaesih.Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain. "Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries. Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru kata-kata yang sering diucapkan oleh Poch.
Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," katanya. Menurut Aries, yang paling menonjol dari Poch adalah cara dia memandu kenderaan Jeepnya.Ketika itu jalan-jalan di Sumbawa belum bagus, tetapi dia memandu dengan satu jari. Kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.
Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas dalam kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar.Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah hospital terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan. Tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut. Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika dia tua, yang ditemui dalam sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya pada tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.
Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan. Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula berlaku, Poch bertanya pada isterinya yang menjawab, "Ini berlaku ketika Jerman kalah dalam pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali." Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.Kata Dr Sosrohusodo, isteri Poch yang pertama, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.
Hitler mengaku kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia memang Hitler yang sebenar, Der Fuhrer. Terdapat kenyataan daripada Stalin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stalin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tetapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.Dunia antarabangsa sama sekali tidak sedar bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.

No comments:

Post a Comment