Wednesday, July 16, 2014

Bantuan Dan Doa untuk Gaza

Dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) sesuatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat."
Tatkala Muslim lain sedang bersahur atau berbuka di bulan Ramadan, saudara kita di Palestin sedang menghadapi serangan daripada Israel laknatullah. Ramai yang telah gugur, tidak kira lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Mereka bersahur di dunia tetapi berbuka di syurga. Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan mereka.
Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi saudara-saudara di Gaza. Semoga Allah menurunkan bantuan-Nya kepada Briged Al Qassam dalam menangkis serangan tentera Netanyahu. Jangan berhenti berdoa. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang sedang berpuasa.#pray4gaza
Dengan senyuman, para ibu di Gazza menghantar anak lelaki mereka untuk menyahut seruan Jihad mempertahankan Palestin.Sejak Israel mengistiharkan perang terhadap bumi Gaza, bumi Palestin itu mula berkubang darah para syuhada', mayat2 mula dikeluar dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan, anak kecil yang tidak mengerti itu menangis ketakutan, laungan Allahuakhbar senantiasa di kumandangkan.
Rakyat Israel ketakutan mendengar bunyi siren dan melihat roket-roket yang dilepaskan oleh pasukan berani mati Palestin, Briged Al-Qassam melintasi ruang udara negara mereka dan memusnahkan beberapa tempat strategik, sedangkan penangkis roket tercanggih mereka, Iron Dome gagal memintasinya. Lihatlah, betapa perang yang dilancarkan oleh Pentadbiran Netanyahu kini membuatkan rakyatnya sendiri berada dalam keadaan huru-hara.Dalam perang ini bukan sahaja penduduk Gaza terkorban, ia juga mengorbankan rakyat Israel sendiri.
Soalan yang sering bermain di minda para penyumbang bantuan kemanusiaan ialah "Bagaimana Aman Palestin menyampaikan bantuan kepada mangsa perang sedangkan satu-satunya pintu masuk ke Gaza di Rafah telah ditutup oleh kerajaan Mesir selepas kejatuhan Mantan Presiden Morsi?" Menurut jurucakap Aman Palestin, NGO tersebut mempunyai pejabat rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan pimpinan Ismail Haniyyah sejak tahun 2009. Pejabat itu mempunyai akaun bank rasmi di Gaza iaitu Bank Al-Quds. Penyaluran wang sumbangan dilakukan dengan pindahan tunai dari bank di Malaysia ke Bank Al-Quds di Gaza. Dalam tempoh 48 jam berikutnya, pegawai di Gaza boleh mengeluarkan wang tersebut dan membeli barangan untuk disampaikan kepada masyarakat yang memerlukan.
Setiap hari kita disajikan dengan foto korban yang begitu ramai di pihak Palestin. Korban di pihak lawan jarang sekali kita lihat. Tetapi kini telah diperolehi foto majlis pengebumian mayat tentera penjajah Israel yang mati akibat terkena bedilan roket Mortar yang dilancarkan pejuang Palestin ke atas kem tentera penjajah Israel di Eraaz bersempadanan dengan Utara Gaza.[Sumber: QudsN]
Pihak HAMAS telah meletakkan 10 syarat bagi gencatan senjata. Dalam 10 syarat itu tiada satu pun yang melibatkan perang.Mampukah Israel menerimanya? Atau, adakah gencatan senjata yang Israel warwarkan kelmarin hanyalah helah untuk mendapatkan ruang masa bernafas setelah bertubi-tubi diserang mengejut oleh pejuang HAMAS? Sebenarnya ramai yang skeptikal dengan gencatan senjata ini. Presiden Mesir, As-Sisi, penyokong utama Israel memang ingin HAMAS dihancurkan kerana mereka dilabel sebagai pecahan Ikhwanul muslimin.

No comments:

Post a Comment