Saturday, July 5, 2014

Khasiat Buah Kembang Semangkuk

Biji buah kembang semangkuk bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari. Ia akan pecah apabila direndam dan menghasilkan sejenis bahan seperti jeli yang akan memenuhi cawan. Kembang semangkuk sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang dan lai chi kang. Ia digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan tradisional melayu, kembang semangkuk diguna untuk menurunkan panas badan terutamanya ketika demam. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya juga boleh dimakan untuk menyejukkan badan.Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

No comments:

Post a Comment