Thursday, January 16, 2014

Sunnah Rasulullah s.a.w.- Niat

serenemaklong.blogspot.com
Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “Sabar dalam menanggung penderitaan.”
Segala amalan yang diharuskan seperti makan, tidur, bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT jika diniatkan semata-mata kerana Allah. Itu akan menyebabkan seseorang hamba itu akan diganjarkan pahala yang banyak. Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat - Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Contohnya seseorang tidur awal pada waktu malam untuk bangun beribadah pada malamnya atau bangun untuk solat Subuh, makan tidurnya dikira ibadah kepada Allah. Begitu juga amalan yang lain hendaklah diniatkan kerana Allah.

No comments:

Post a Comment