Wednesday, January 8, 2014

Label Melabel Caci Mencaci

serenemaklong.blogspot.com
(CETUSAN HATI USTAZ DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN) Isu dan masalah dalam negara yang tulen, apabila disentuh oleh orang politik kepartian, ia tiba-tiba menjadi 'busuk' dan 'kelihatan palsu'. Akhirnya, masalah SUKAR DIPERBAIKI kerana kemaruk politik kepartian semakin menggelembung (bubble). Akhirnya majoriti ahli akademik, pemikir masyarakat yang berautoriti dan rakyat jelata yang bijak, DILABEL berdasarkan hanya satu dua komen dan cadangan mereka. Ada DILABEL sebagai pembangkang, ada DILABEL sebagai macai kerajaan. Ada yang kedua-duanya sekali. Inilah MUSIBAH manusia jahil di akhir zaman. Kembalikan kewarasan wahai rakyat, pemimpin, pentadbir dalam kerajaan, pentadbir swasta, pembuat dasar media. JANGAN terus menzalimi kebenaran. Jangan cepat MELABEL, TUKAR, PECAT dan GAM kerana label yang kamu sendiri cipta. .................................................................................. BAHASA LISAN dan TULISAN (termasuk di ruangan komen facebook) yang digunapakai oleh seseorang BOLEH melambangkan masalahnya keadaan HATI, AQAL, TAHAP ILMU, AKHLAK dan keadaan rumahtangganya. Ia seperti bongkah ais yang menyembunyikan ketulan yang lebih besar dibawahnya. Justeru, sama-sama kita berhati-hati agar keaiban diri tidak terbongkar. Muhasabah diri.. Aqal itu seperti MATA, ilmu itu seperti CAHAYA, amal itu seperti PINTU, ikhlas itu seperti ANAK KUNCI PINTU dan istiqamah itu PERGERAKAN yang bawa melepasi pintu kepada redha Allah swt dengan jayanya. Ada aqal namun tiada ilmu, tersesat Ada ilmu tapi tiada amal, salah pintu Ada amal tapi tidak ikhlas, tiada kunci. Ada ikhlas tapi tiada istiqamah, pintu tertutup.

No comments:

Post a Comment