Sunday, January 5, 2014

Bahaya Semburan Serangga Dan Gas Memasak

serenemaklong.blogspot.com
Adakah anda menggunakan gas untuk memasak? Ini satu kesilapan yang mungkin berlaku dalam mana-mana isi rumah. Baru-baru ini satu kemalangan mengejutkan telah berlaku. Seorang suri rumah meninggal dunia akibat terbakar yang dialami di dapur manakala suaminya tercedera. Bagaimana hal ini berlaku? Pada mulanya wanita itu ternampak seekor lipas berhampiran sinki. Dia lantas mengambil semburan pembunuh serangga dan menyemburnya berhampiran dapur gas. Berlaku satu letupan yang kuat dan dalam masa yang singkat, dan wanita malang itu telah disambar api. 65% badannya terbakar. Suaminya cuba untuk memadamkan api pada pakaian isterinya. Kini suaminya masih di hospital, di wad terbakar dan masih tidak sedarkan diri. Dia tidak tahu isterinya telah meninggal dunia. Apakah puncanya? Ketahuilah semua pembunuh semburan serangga seperti " Shieldtox", "Bygon" dan lain-lain mempunyai pelarut yang tidak menentu dan mudah terbakar. Zarah nano semburan merebak dengan cepat dan satu percikan cukup untuk menyalakan campuran mudah meletup ini dengan oksigen dalam udara. Sila didik keluarga dan rakan anda tentang perkara ini dan sebarkan berita ini.

No comments:

Post a Comment