Thursday, January 2, 2014

Doa Waktu Pagi - Pembuka Rezeki

serenemaklong.blogspot.com
Bagi kebanyakan kita rezeki bererti makan,minum, pakaian, wang, pekerjaan, jodoh dan kekayaan. Sebenarnya, apa sahaja perkara yang baik adalah rezeki daripada Allah ar-Razzaq. Rezeki setiap hidupan di muka bumi ini telah ditulis oleh Allah. Rezeki umum diberikan kepada setiap hamba-Nya, tidak kira beriman atau tidak. Tetapi rezeki khusus hanyalah milik orang beriman berupa hati disirami ilmu, iman dan akhlak yang mampu memperbaiki diri dan agamanya. Puncak rezeki ini adalah syurga yang penuh kenikmatan di akhirat kelak.
Rezeki adalah hak mutlak Allah. Dengan kehendak-Nya, Dia melapangkan atau menyempitkan rezeki seseorang. Rezeki yang Allah berikan kepada manusia lebih banyak berbanding rezeki haiwan dan tumbuhan.Dengan keistimewaan ini patutlah kita BERSYUKUR DENGAN PENGABDIAN DIRI KEPADA-NYA melalui dunia yang menjadi jambatannya. Ini juga akan menyuburkan usaha kita untuk menikmati hidup yang lebih diredai Allah. Sedikit atau banyaknya rezeki bukan ukuran darjat di sisi-Nya. Kedua-duanya menguji siapa yang bersyukur dan siapa pula yang bersabar dengan pemberian-Nya.
PEMBUKA REZEKI: 1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “ Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani ) 2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami). 3. Melazimkan BerIstighfar “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah ) 4. Membaca Surat Al-Ikhlas “Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani ) 5. Membaca Surat Al-Waqiah “Barangsiapa membaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman) 6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia berzikirlah mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya”. 7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim (100 kali) …dan dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat, dinukilkan daripada Ihya Ulumiddin – Imam Al Ghazali).

No comments:

Post a Comment