Thursday, January 2, 2014

Hati-Hati Dengan Hati

serenemaklong.blogspot.com
Dua unsur besar dalam Islam ialah: 1. hubungan manusia dengan Allah, 2. hubungan manusia dengan manusia. Andai baik hubungan seseorang dengan Allah, maka baiklah akhlaknya sesama manusia. Jika kotor dan kesat hatinya, pasti akan terpancar pada lidah dan perbuatannya. Allah menilai bukan pada perbuatan tetapi pada niat. Hendak mengurus hati amatlah sulit. Yang termakan bisikan syaitan terus menjadi korban. Syaitan juga memasang perangkap melalui amalan "jihad". Mereka yang berjuang di jalan jihad kerana mempertahankan agama terus menerus dibisikkan agar perjuangan jihad itu dihentikan.
Imam Ghazali menyatakan, "Lidah itu adalah senduk, ia menyenduk apa yang ada dalam periuk besar bernama "Hati" dan "Perut". Jika yang diungkapkan baik maka baiklah hatinya, tetapi jika yang keluar dari lidah itu berbisa dan kotor. Untuk mengelakkan hati daripada terjerumus di kaki musuh terbesar ini sentiasalah memohon perlindungan kepada Allah. "Ya Allah! Bersihkan hati kami daripada kepura-puraan dan tindakan kami daripada riyak dan lidah kami daripada penipuan dan mata kami daripada pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui akan pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di dalam dada."

No comments:

Post a Comment