Wednesday, September 18, 2013

Wang Untuk Anak

serenemaklong.blogspot.com
DIDIKAN wang perlu diberikan kepada si kecil pada umur seawal mungkin. Jangan tunggu mereka memasuki sekolah ataupun setelah mereka bersedia membuka akaun bank sendiri. Topik mengenai wang dan kerja boleh disampaikan kepada si kecil dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, ketika pergi membeli belah adalah peluang untuk mendidik anak kita membandingkan harga. Ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM juga jelaskan padanya bahawa wang tidak datang secara automatik dari sebuah mesin, tetapi perlu bekerja atau berniaga untuk mendapatkannya. Menderma adalah peluang untuk mengajar anak membantu orang lain. Ilmu kewangan yang dikutip sedikit demi sedikit ini akan membantu mereka memahami soal wang dengan lebih jelas apabila membesar. Beritahu mereka bekerja penting untuk mendapatkan wang. Ini akan mengajar mereka tanggungjawab. Bekerja untuk wang boleh bermula dari rumah seperti bantu basuh kereta ayah. Mereka perlu faham wang upah yang diberikan perlu disimpan sebahagian daripadanya dan bukan dibelanjakan sehingga habis. Sememangnya kita inginkan yang terbaik untuk anak kita ketika membesar namun adakalanya kita biarkan mereka melakukan juga kesilapan dalam kewangan, seperti mana guru yang terbaik adalah melakukan kesilapan. Pengalaman itu akan mengajar mereka untuk memperbaiki diri sendiri dalam perihal kewangan. Kesilapan kewangan yang dilakukan ketika kecil akan membantu mereka melakukan kesilapan yang lebih besar apabila mereka layak menggunakan kad kredit kelak! Sekarang ramai orang muda yang diisytiharkan muflis akibat penggunaan kad kredit dan juga pinjaman bank yang tidak bijak. Walaupun umur baru di awal 20-an pelbagai masalah kewangan melanda. Mungkin ini akibat ilmu kewangan yang bijak tidak dipupuk sejak kecil, bermula dari rumah. Jangan biarkan anak-anak kita pula menjadi statistik itu.

No comments:

Post a Comment