Sunday, September 15, 2013

Pemimpin Berakhlak Al Quran

serenemaklong.blogspot.com
ILHAM ABDUL RAZAK, seorang wanita Mesir berusia 65 tahun adalah penyokong kuat bekas Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi. Ini cerita beliau: “Demi Allah, saya bersumpah tidak akan meninggalkan Dataran ini sehingga Mursi kembali atau saya dibunuh. Saya bukan anggota Ikhwanul Muslimin, tetapi saya ingin memberitahu kepada dunia supaya mereka tahu siapa Mursi sebenarnya. Jasa Presiden Mursi kepada saya tidak ternilai setelah beliau menyelamatkan saya dari hidup gelandangan sehingga berpeluang tinggal di sebuah rumah.” “Tahun 2012 yang lalu, rumah kami runtuh sehingga mengorbankan suami dan anak saya. Mulai dari hari itu saya hanya mampu berteduh di bawah jambatan dan tidur di tepi jalan.” “Pada bulan Disember tahun lalu, ketika sedang tidur lelap di tepi jalan, saya didatangi oleh 3 lelaki, dan saya sungguh terkejut kerana salah seorang dari mereka adalah Mursi.Sukar untuk saya mempercayainya pada ketika itu. Presiden itu bertanya kepada saya kenapa saya tidur di jalanan. Selepas saya menceritakan kisah yang menimpa, air matanya bergenang.” “Keesokan harinya, utusan Presiden datang menemui saya dengan surat perjanjian sewa sebuah rumah di bandar An Nujum bersama wang tunai 500 pounds Mesir.” Bekas Presiden itu sungguh prihatin dengan golongan marhaen sehingga sanggup turun padang dan mendatangi sendiri golongan tersebut, persis yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dahulu.
Itu perkara mengenai peribadinya. Ini pula tentang gajinya semasa memegang jawatan. Mengikut kajian yang dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji pemimpin dunia, gaji Dr Mursi adalah yang terendah. Dr Mursi presiden Mesir = 10 ribu usd setahun. Raja Norway = 14.4 juta Euro setahun. Raja Belanda = 9.948juta Euro. Raja Luxembourg = 7.74juta Euro. Obama = 355 ribu euro. Raja Saudi = 24 juta usd. Raja Sepanyol = 175 ribu euro. Pres Rusia = 115 ribu usd. Pres Filipina = 24 ribu usd. PM Iraq = 3 juta usd. Pres Turki = 13 ribu usd. (Sumber : FJP newspaper, #prihatinmesir ). Inilah orang yang digulingkan oleh Jeneral As-Sissi dengan bantuan pihak luar yang takut dengan kemunculan kembali pemerintahan ala Khalifah.

No comments:

Post a Comment