Monday, September 2, 2013

Demo Tanpa Senjata Ikhwan Mesir

serenemaklong.blogspot.com
MENGAPA IKHWANUL MUSLIMIN MESIR HANYA DEMO TANPA SENJATA ketika melawan tentera As-Sisi sedangkan mujaheedin mengangkat senjata di Syria? Kalau diteliti tindakan ganas dan kejam tentera As-Sisi, mereka boleh saja mengangkat senjata tetapi ini tidak mereka lakukan dan tindakan mereka bukan tidak bersebab. Mengikut maklumat yang diberi oleh ketua perisikan Saudi Arabia Prince Bandar bin Sultan, negara Saudi memainkan peranan penting dalam memusnahkan Arab Spring dengan tujuan untuk menghalang Islam sebenar berkuasa di timur tengah. Mengikut sumber, dalam pertemuan dengan ketua perisikan rahsia Britain (Mi6) Robert John, beliau menjelaskan perancangan terperinci yang dibuat oleh Saudi untuk mengekang kemarahan gerakan Islam di rantau tersebut. Saudi memujuk Ikhwan Syria bangun menentang Bassyar Assad dengan cara perang bersenjata yang akhirnya Ikhwan Syria akan keluar nanti dalam keadaan lemah berbanding jika mereka meneruskan dengan cara aman sebagaimana sebelum ini. Saudi menghantar golongan salafi ke Syria untuk mematikan mereka di sana kerana mereka memang mahu mati di medan. Hizbullah Syiah berjaya dilibatkan dengan perang di Syria yang akhirnya menyebabkan Hizbullah dikutuk oleh semua negara Sunni. Mengikut sumber, inilah juga yang cuba dibuat di Mesir bila mana Prince Bandar dikatakan telah menawarkan bantuan senjata kepada Ikhwan Mesir dengan tujuan untuk memastikan Ikhwan akan dihancurkan oleh tentera Mesir dengan alasan Ikhwan adalah gerakan bersenjata. Ikhwan Mesir menolak bantuan tersebut kerana faham tujuan sebenar disebalik bantuan itu. [ Sumber: Assyabu newspaper].

No comments:

Post a Comment