Saturday, September 14, 2013

Misi MLL4S Berjaya

serenemaklong.blogspot.com
Alhamdulillah dan tahniah.. Tahniah kepada semua kerana kempen kutipan untuk tabung #bantuankecemasanhospitalghoutoh berjaya mencapai sasaran sebanyak RM 150, 000. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang turut menderma, bahkan warga Singapuran dan Brunei juga turut sama membantu menjayakan kempen kali ini. InsyaAllah sumbangan anda semua akan diserahkan pada wakil sukarelawan kami di Turki untuk dibawa masuk ke Ghoutoh - berikutan keadaan yang amat berbahaya dan sukar kerana dikepung oleh puak rejim. Setelah menyempurnakan amanah ini kelak, kami akan meneruskan misi tinjauan ke wilayah baru yang akan kami pergi di misi AidilAdha nanti. Segala perkembangan berkenaan bantuan akan kami maklumkan dar semasa ke semasa. Sumbangan anda boleh diteruskan untuk misi AidilAdha nanti. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai ibadah korban / aqiqah, harga untuk seekor kambing adalah RM 900. Sumbangan dan bayaran boleh disalurkan ke akaun : NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666 SWIFT CODE : MBBEMYKL EMAIL: malaysia4syria@gmail.com Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057 Sebarang sumbangan yang memerlukan potongan zakat/cukai sila emailkan (malaysia4syria@gmail.com) kepada kami NAMA,ALAMAT RUMAH ,NO TELEFON & BUKTI SUMBANGAN. Terima kasih, tahniah dan Jazakumullahukhairan jazak Semoga Allah / Tuhan memberkati segala urusan hidup anda semua.

No comments:

Post a Comment