Thursday, September 12, 2013

Syirik

serenemaklong.blogspot.com
Sesiapa yang melakukan kebaikan, maka dia mendapat 10 kali ganda kebaikan yang dilakukan dan ditambah lagi kebaikan itu. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya ialah keburukan yang semisalnya atau Aku ampunkan dia. Sesiapa yang mendekati Aku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Sesiapa yang mendekati Aku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya satu depa. Sesiapa yang datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Sesiapa yang datang menemui Aku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku menemuinya dengan kadar pengampunan yang sama! – Hadis Qudsi.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada Dajal?” Mereka menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah!” Lalu Badinda bersabda, “Syirik tersembunyi iaitu seorang lelaki bangun bersolat lalu dia memperelokkan solatnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” – HR Ibnu Majah.
Sesiapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah dia seolah-olah Jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (Surah al-Hajj 22:31).

No comments:

Post a Comment