Sunday, June 4, 2017

Jangan Tidur Selepas Subuh



Apabila masuk waktu Subuh,
Kalau waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (jingga) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang sedang terbit.

Islam melarang keras tidur selepas subuh yang menyebabkan rezeki susah masuk. 

Sabda Rasulullahﷺ
"Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya."
(HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no. 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah karana warna biru menguatkan kelenjar thyroid. Apabila kelenjar thyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh,
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi thyroid yang mempengaruhi sistem metabolisma badan. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun kerap terlewat, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam, iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh thyroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur, dalam erti kata lain lebih baik berjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan Subuh,
Tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

No comments:

Post a Comment