Friday, June 16, 2017

Info Syiah





Syiah mengagungkan Husain bin Ali bin Abi Talib hingga ke tahap menyembahnya tetapi tidak kepada anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib yang lain, padahal ibu mereka ialah Fatimah al Zahra

Anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib ialah:

1- al-Hasan bin Ali bin Abi Talib 
2- al-Husain bin Ali bin Abi Talib 
3- al-Muhsin bin Ali bin Abi Talib 
4- al-Abbas bin Ali bin Abi Talib 
5- Hilal bin Ali bin Abi Talib 
6- Abdullah bin Ali bin Abi Talib 
7- Jaafar bin Ali bin Abi Talib 
8- Uthman bin Ali bin Abi Talib 
9- Ubaidullah bin Ali bin Abi Talib 
10- Abu Bakar bin Ali bin Abi Talib 
11- Umar bin Ali bin Abi Talib 

PUNCANYA:

Husain telah mengahwini anak perempuan Kisra Parsi iaitu Yazdujird (Yazdegerd III) bernama Syahiznah (Syaharbanu) selepas keruntuhan kerajaan Parsi. Syaharbanu telah dihadiahkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Husain bin Ali. 

Kaum Syiah Rafidah hanya mencintai ahli Bait Kisra Parsi yang merupakan datuk kepada 12 imam mereka dan bukannya datuk Husain bin Ali iaitu Rasulullah s.a.w.

Imam Ibn Katsir menyatakan dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah mengenai peristiwa tahun 61 hijrah: "Berkata Ibn Khalikan: "(Syahrabanu) Umm Salamah binti Yazdujird merupakan (dari keturunan) kisra Parsi yang terakhir."

Al-Zamakhsyari pula menceritakan dalam Rabi' al-Abrar bahawa Yazdujird ini memiliki 3 orang puteri yang ditawan pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab. Salah seorang dikahwini oleh Abdullah bin Umar dan melahirkan Salim, seorang lagi dikahwini oleh Muhammad bin Abu Bakar dan melahirkan al-Qasim dan yang terakhir dikahwini oleh Husain bin Ali dan dia melahirkan Ali Zainal Abidin..."

Menurut al-Mas'udi pula, Yazdujird mempunyai dua orang putera dan tiga orang puteri yang bernama Adrag, Shahar Banu dan Mardawand.

Syiah beranggapan para imam 12 mereka ini perlu diagungkan hingga ke tahap maksum dan suci daripada sebarang dosa disebabkan mereka dari keturunan yang berdarah Kisra Parsi. 

Jadi ketahuilah bahawa Syiah ini mensyirikkan Allah, menuduh Nabi Muhammad s.a.w dengan fitnah terhadap Aisyah sebagai wanita jahat, menyelewengkan al-Quran, mentakfirkan para sahabat, mengkhianati kaum muslimin, membantu musuh-musuh Islam dalam menjahanamkan Islam.

Jika anda anggap Syiah itu muslim, maka apa yang mereka sumbangkan untuk Islam?

-Sumber-
Om Tameem. Dr. Azza Mohamed.

-Alih bahasa - 
Fikri Alamghiri.... 
10 Muharram 1438H




No comments:

Post a Comment