Thursday, June 1, 2017

Gunakan Setiap Kurniaan-Nya Untuk Kebaikan


Gunakan mata untuk membaca perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi buta.
Gunakan telinga untuk mendengar perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi pekak.
Gunakan lidah untuk bercakap perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi bisu.
Gunakan jari untuk menulis perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok jari kita jadi kudung.
Gunakan kaki untuk pergi ke tempat yang baik-baik, entahkan esok kaki kita jadi lumpuh.
Gunakan otak untuk fikirkan perkara yang baik-baik, entahkan esok otak kita jadi nyanyuk.
Hari ini buatlah perkara yang baik-baik, entahkan esok kita meninggal dunia.

GUNAKAN SELURUH KURNIAAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEDAR UNTUK APA KITA DICIPTA.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." (Az Dzariyat ayat 56).

Kongsikan perkara yang baik-baik dari FB  Ceramah Ustaz Dan Ustazah:
Nabi s.a.w. bersabda :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita luangkan sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah S.W.T.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
1. Bertambah iman
2.   Sihat tubuh badan
3.   Mati yang baik.
4.   Murah rezeki.
5.   Anak soleh.
6.   Keluarga bahagia.
7.   Rahmat Allah.
8.   Jauh azab kubur.
9.   Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11.  Ampunkan dosa.
12.  Anak-anak berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Dilapangkan kubur.
19. Mudah membayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi s.a.w.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab dengan tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa untuk ibu bapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment