Sunday, February 5, 2017

Terus Jadi Mukhlisin


Manusia umumnya jarang menghargai kebaikan. Ada saja yang tidak kena. Yang nampak di mata kasar hanya kekurangan dan kelemahan. Mata hati sering terhijab.

Umpama secawan kopi. Kalau rasanya pahit, gula dipersalahkan sebab terkurang. Kalau terlalu manis gula juga dipersalahkan sebab terlebih. Kalau rasanya sedap dan seimbang, kopi yang dipuji. Peranan gula yang menyedapkannya seolah-olah tidak wujud.

Pun begitu, teruslah membuat kebaikan hingga ke akhir. Kebaikan tidak perlukan pengakuan, penjelasan ataupun bukti. Berbuat baik mengikut keikhlasan hati nurani sendiri.

JADILAH INSAN MUKHLISIN. Walau tidak dipeduli penghuni bumi, tetap dihargai penghuni langit.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Peringatan dari Ustaz Ramli Joned untuk kita renungkan


Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu beliau berkata: Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, maksudnya: “ANDAI KAMU TAHU APA YANG AKU TAHU, NESCAYA KAMU AKAN SEDIKIT TERTAWA DAN BANYAK MENANGIS.”… (HR Bukhari dan Muslim)…..

Allahu akbar.. Benar sekali... Kerana kita TIDAK TAHU:
1] Betapa sakitnya sakaratul maut…
2] Betapa dahsyatnya siksa kubur…
3] Betapa panasnya matahari yang didekatkan di Padang Mahsyar..
4] Betapa beratnya ujian melintasi Shirotol Mustaqim…
5] Betapa pedih dan azabnya siksa api neraka….

Menangislah sekarang, kerana dahsyatnya azab Allah, untuk hamba2-Nya yang ENGKAR DAN SUKA MEMBANTAH serta melawan… HARI KIAMAT pasti akan tiba….. YAKINLAH...
Wallahu a'lam... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*....

No comments:

Post a Comment