Monday, February 6, 2017

Solat Sunat Tasbih


Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak 4 RAKAAT DAN SATU SALAM, sekiranya solat itu didirikan pada siang hari... Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 RAKAAT itu dikerjakan dengan 2 SALAM ( 2 rakaat, 1 salam)....

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 45-60 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih... Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali... Caranya;

1] Niat Solat Sunat Tasbih: "SAHAJA AKU SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TASBIH 2 RAKAAT KERANA ALLAH TA'ALA"...
[Kalau 4 rakaat, niatkan 4 rakaat]....

2] Boleh baca mana-mana surah pun selepas al Fatehah, atau surah-surah yang dianjurkan ulama , iaitu:
1. Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2. Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3. Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4. Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3] Bacaan Tasbihnya ialah: "SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA LAILAHA ILLALLAH, WALLAHU AKBAR".... [ Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung]....

4] Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di akhir setiap bacaan, sebelum berpindah ke pergerakan seterusnya....

5] Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, baca 15 kali tasbih...
2. Rukuk - 10 kali tasbih...
3. Iktidal - 10 kali tasbih...
4. Sujud pertama - 10 kali tasbih...
5. Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih...
6. Sujud kedua - 10 kali tasbih...
7. Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih....
6] Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih... Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya.... Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih....
7] SELEPAS MEMBERI SALAM, bacalah mana-mana doa yang baik..

PERLU DIINGAT, sekiranya TERLUPA membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.... Wallahu a'lam... JOM SAMA-SAMA KITA LAKUKAN....

[Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment