Thursday, August 25, 2016

Di Sebalik Perlahannya Laungan Azan


Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat, Ahli Parlimen muslim di Singapura sangat marah. Maka, Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yang hadir.

Ditanyanya, "Apakah rasional dilaungkan azan?"

Maka Ahli Parlimen Muslim menjawab "Supaya kaum muslimin datang bersolat di masjid".

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf - lebih kurang 30 orang) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi, "Permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan? Majoriti penduduk yang merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 orng yang menyahut seruan azan itu?"

Ahli Parlimen Muslim terkedu....

Kita marah hak kita dirampas, tetapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung. Di mana kekuatan kita? Kita marah orang hina agama kita tetapi adakah kita memuliakannya? Di manakah kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid? Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai?

Jom kita jadi Muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai 'kuntum khairun ummah'...(kamu adalah umat terbaik)
Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain.Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala...Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment