Tuesday, April 16, 2013

Sampaikanlah Walaupun Satu Ayat


serenemaklong.blogspot.com

 

 
KISAH pada suatu hari…

Ustaz:
Apa awak buat tadi?

Fulan:
Mengajar agama, sekadar termampu.

Ustaz:
Berapa kitab awak khatam dan berapa hadis awak dah hafal sehingga awak berani mengajar agama pada orang lain?

Fulan:
Maaf Ustaz, saya cuma sampaikan sekadar apa yang saya mampu, dan yang saya tahu, walaupun saya bukan seorang yang khatam ribuan kitab dan hafal ribuan hadis.
Keesokan harinya…

Fulan:
Ustaz, semalam saya terjumpa seorang remaja yang minum arak.

Ustaz:
Apa yang awak buat? Tak beritahu dia ke arak itu haram?

Fulan:
Maaf Ustaz, saya tak buat apa-apa sebab saya belum khatam ribuan kitab dan tidak juga hafal ribuan hadis.

Ustaz:
Aaagh....

Hal begini sering berlaku kepada ustaz dan ustazah yang menganggap hanya mereka sahaja yang layak menyebarkan dakwah. Mereka seringkali terlupa bahawa tugas berdakwah adalah tugas semua muslim dan mukmin. Bila sesuatu perkara itu membabitkan hukum hakam, barulah pendapat ustaz dan ustazah patut diminta.
 
Saya juga tidak khatam ribuan kitab tetapi itu bukan alasan untuk tidak berkongsi apa yang saya telah pelajari dan dipastikan sahih kerana Nabi Muhammad saw telah berpesan: 'Sampaikanlah walaupun satu ayat'.

 
 

No comments:

Post a Comment