Saturday, April 20, 2013

Jangan Hina Pelaku Maksiat

serenemaklong.blogspot.com



 
SATU kesilapan besar yang manusia lakukan ialah  memandang hina kepada pelaku maksiat.

Habib Ali Al Jufri pernah berkata, orang yang memandang hina pada pelaku maksiat itu jauh lebih hina daripada mereka. 

Cara memandang pada pelaku maksiat ialah dengan pandangan belas kasihan, bukan dengan penghinaan. Benci pada perbuatannya, bukan pada si pelaku kerana kita tidak tahu apakah pengakhiran hidup mereka.

Boleh jadi Allah memberi hidayah pada mereka yang membuatkan terbukanya hati mereka untuk bertaubat. Bilamana taubat mereka itu diterima oleh Allah maka mereka itu terlebih mulia daripada kita. 

Kerana itu kita perlu waspada dalam pandangan kita kepada manusia lain. Hanya dengan asbab pandangan itu sahaja boleh membawa kita ke dalam neraka... Wal iya zubillah.


No comments:

Post a Comment