Sunday, July 15, 2018

Musafir Dunia Menuju Akhirat


Baiti Jannati


Duhai diri yang sedang lelah dan hilang arah, 
ingatlah bahawa hidup ini suatu perjalanan yang panjang. 
Selalu ketemu ujian dan musibah di setiap simpang.

Duhai diri, berhentilah sejenak, 
beristirehat bagi menguatkan tahap keimanan dan muhasabah. 

Duhai diri, jika masih lelah, berzikirlah.
Jasmani dan rohani akan kuat kembali demi meneruskan mujahadah.

Dunia ini bukan syurga.
Tiada kebahagiaan yang abadi.
Juga dunia ini bukan neraka.
Tiada penderitaan yang tak bertepi.

Duhai Allah, turunkanlah taufikmu.
Ilhamkanlah kebaikan buatku.
Aku berusaha sekuat tenaga
menjauhi diri dari tersungkur di pintu neraka.




Teman seperjalanan yang dikasihi Allah kesayanganku ...

Sekali kau jabat tanganku dalam silaturrahim lillahitaala,
bawalah ia hingga ke alam di sana.

Andai terkubur di simpang dunia,
sambungkan lagi di akhirat pula.

InsyaAllah, ikatan doa sentiasa bertali arus 
Umpama sungai tak berhilir yang mengalir terus.

No comments:

Post a Comment