Thursday, July 5, 2018

Allah Sedang Berbicara Dengan Manusia


Dalam tempoh 20 tahun ini... sebenarnya Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Yang mana ada kita baca di dalam kitab-kitabnya dahulu. 

Kita hidup di dunia bukan kita pengarahnya. Pengarahnya nun di atas sana...Yang Maha Berkuasa. Di mana ada 3 watak utama bernama Mahathir, Anwar dan Najib untuk dijadikan cerita betapa hebatnya kekuasaan-Nya. Betapa hebatnya Dia membetulkan keadaan minda manusia yang sudah rosak... Alhamdulillah.

Bagaimana Anwar hilang dari tampuk kuasa dan dihina begitu teruk, kemudian orang melakukannya Tuhan hukum untuk dia merasainya sehingga dia berubah dan ingin membetulkan keadaan semula. Allah makbulkan dan kini Tun sedang melakukan yang jauh dari cara lamanya.

Dalam Tun diuji, Najib menunjukkan kesombongannya. 'Cash is king', seorang manusia yang angkuh dan lupa akan kekuasaan Allah yang mana Dia boleh memberi dan Dia boleh mengambil kembali nikmat tersebut walau 1000 manusia menghalang dengan segala penipuan.


Gambar ini bukan untuk kita ketawakan. Tapi ambillah ia sebagai ikhtibar. Jika sebelum ini ke sana sini mereka dikelilingi pengampu... kini di mana mereka.

Jika dulu berpuluh-puluh mengawal keselamatan mereka, kini mereka hilang semua itu. Malah lebih teruk dari itu dari manusia yang paling berkuasa di negara ini mereka kini sedang diadili. Jika bersalah akan dipenjara... untuk merasa bagaimana yang pernah dirasai Anwar sebelum ini.

Kita sebagai rakyat ambillah iktibar. Apa yang diceritakan dalam kisah-kisah Islam itu benar. Kita jangan sombong bila berkuasa, kita jangan zalim bila berkuasa... Allah beritahu kita doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan... cuma cepat atau lambat sahaja.

Jadikan cerita mereka ini sebuah hikayat moden tentang kekuasaan Allah bagi menyakinkan kisah-kisah Firaun, Qarun dan kisah-kisah Nabi itu benar belaka. Ceritakan melalui sudut positif... yang akhirnya bagaimana Malaysia ( ketika itu mungkin 2050 ) menjadi sebuah negara maju dan paling ditakuti rakyat dan orang luar utk melakukan rasuah.

Mudah-mudahan nama ketiga-tiga watak ini.dirahmati Allah atas kesilapan mereka masing-masing. Mereka bertiga telah dihukum dengan cara-Nya tersendiri. Kita sebagai penonton ambillah ia sebagai satu iktibar bagi menjauhi sifat-sifat yang dibenci oleh Allah.

[Sumber: FB Norman Liverpool]




No comments:

Post a Comment