Sunday, July 22, 2018

Info Buat Bakal Haji Dan Hajjah (2)




Fatwa Rakan Sebilik:

[CNP dari status Tuan Haji Hisham AL Haj dalam Page Kenangan Haji Dan Umrah]


Macam-macam  karenah rakan sebilik. Kadang-kadang ada rakan sebilik yang suka memberi nasihat dan hukum hakam berkaitan manasik haji. 

Bakal haji dinasihatkan supaya berhati-hati dengan nasihat dan hukum hakam yang dikeluarkan oleh rakan sebilik. Berikut adalah beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh bakal haji disebabkan terpengaruh dengan fatwa-fatwa dari rakan sebilik. 

1. Bakal haji wanita yang mengerjakan haji Tamattuk tidak berniat ihram umrah di Bir Ali kerana  di datangi haid. Rakan sebilik menasihatkan supaya berniat umrah di Tanaim apabila sudah suci nanti. Sedangkan mengikut hukum,  kedatangan haid tidak menghalang seseorang wanita itu untuk berniat ihram. Wanita ini akhirnya dikenakan dam tertib dan taqdir. 

2. Bakal haji wanita yang mengerjakan haji ifrad baru sampai di Tanah Suci, tetapi tidak  melakukan tawaf qudum kerana didatangi haid. Lalu dinasihati oleh rakan sebilik supaya melakukan saei haji dengan alasan kerja  saei tidak memerlukan seseorang  itu  suci daripada hadas besar dan kecil. Sedangkan  mengikut hukum, melakukan saei haji tanpa didahului tawaf qudum bagi yang mengerjakan haji ifrad menyebabkan saei haji itu tidak sah. 

3.  Bakal haji dalam ihram mandi menggunakan sabun. Lalu dinasihatkan oleh rakan sebilik supaya membayar dam menyembelih seekor kambing. Pada hal hukum sebenar, penggunaan sabun bertujuan untuk kebersihan diharuskam walaupun  berbau wangi,tidak dikenakan apa-apa dam. 

4. Bakal haji lelaki tanpa sengaja telah memakai pakaian berjahit, lalu dinasihatkan oleh rakan sebilik supaya membayar dam menyembelih seekor kambing, padahal hukum sebenar kesalahan memakai pakaian berjahit adalah kategori TARAFFUH, jika terlupa atau tidak sengaja tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. 

5. Bakal haji membayar dam waswas atas nasihat rakan  sebilik kerana dibimbangi semasa mengerjakan haji ada kekurangan dan kesalahan yang dilakukan. Dengan membayar dam waswas ini dapat menampung kesalahan-kesalahan tersebut. Sedangkan mengikut hukum tiada istilah dam waswas. 

Kesimpulan,  bakal haji dinasihatkan  supaya merujuk Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS)  yang ditempatkan di maktab masing-masing atau Talian Ibadat (TAIB) jika ada sebarang permasalahan hukum. 

Wallahualam..
Attachments area

No comments:

Post a Comment