Tuesday, July 31, 2018

Ciri-ciri Wanita Cantik




Baiti Jannati

1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang wanita itu akan terserlah kekuatannya apabila menghadapi masalah yang datang padanya. Dia mampu memanfaatkan ujian Allah untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak orang yang berada di sekelilingnya tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar kerana dia pandai menyembunyikan masalahnya dengan senyuman. 

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA

Penghinaan bukan halangan untuk dia meneruskan hidup. Ketabahannya menjadi perisai yang menangkis segala hinaan manusia lain yang tidak takut akan azab YANG ESA.

5) MEMPESONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Dia bersedia memaafkan orang yang pernah melukakan dan menyakitkan hatinya. Mereka inilah yang menjadikan dia lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya kepada keluarganya memang datang dari hatinya yang tulus ikhlas, bukan kerana mengharapkan sebarang balasan. Inilah kasih sejati seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan terus berdoa siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Dia tidak mementingkan diri. Keluarga sentiasa ada dalam setiap doa yang dipohonkannya.

Semoga kita semua mempunyai ciri-ciri wanita cantik di dunia ini. insyaAllah

[ Sumber: FB Ilham Ezry]

No comments:

Post a Comment