Friday, July 6, 2018

Hanya Allah Di Hati Setiap Ketika





"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring..." [Surah an-Nisa' 103]

Allah swt memerintahkan hambaNya agar sentiasa menyebut dan mengingatiNya dalam semua keadaan. Samada ketika berdiri, duduk atau berbaring. Samada di waktu pagi atau petang. Samada dengan perkataan, perbuatan atau dalam hati. Pendek kata, dalam semua keadaan sentiasa berzikir menyebut dan mengingati Allah swt.َ

"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai" [Surah al-A'raf 205]




Nabi saw bersabda:

"Tidaklah suatu kaum duduk berzikir (mengingati) Allah, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi oleh rahmat, diturunkan sakinah (ketenangan), dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisiNya” (HR Muslim)

Majlis zikir yang dicintai oleh Allah adalah solat berjemaah, majlis ilmu, belajar al-Quran, belajar sunnah Nabi, mendalami agama dan majlis yang bermanfaat serta mendekatkan kita kepada Allah.

*Segala yang dipelajari itu hendaklah diamalkan, bukan sekadar didengar semata-mata. Atau yang diamalkan itu tidak dihayati dengan setulus mungkin demi mengharapkan keredhaan ALLAH,  maka sia-sialah.*

Sesiapa yang sentiasa ingat kepada Allah, maka Allah membalas dengan sentiasa ingat kepadanya.

[ FB Ahmad Ezry]

No comments:

Post a Comment