Friday, July 27, 2018

Membina Rumah Di Syurga



MASJID dibina sebagai tempat MENGINGATI ALLAH, memakmurkannya dengan ibadat dan ketaqwaan. BUKAN UNTUK BERBANGGA-BANGGA DAN BERMEGAH-MEGAH. 

Sabda Baginda s.a.w. Daripada Umar bin al-al-Khattab r.a katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membina masjid yang diingati padanya nama Allah, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.(Ibn Majah, no: 735).

Daripada Uthman bin`Affan r.a katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membina masjid, IKHLAS kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga."(Al-Bukhari dan Muslim). 

Saiz bukan menjadi ukuran, yang penting KEIKHLASAN. Sabda Baginda s.a.w. Daripada Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membina masjid hanya sebesar sarang burung atau lebih kecil lagi, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.".. (Ibn Majah, no: 738).




SOLAT SUNAT RAWATIB 12 RAKAAT

Daripada `Aishah r.anha daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa sentiasa melazimi sembahyang 12 rakaat dalam sehari semalam, Allah SWT akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga iaitu, 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh." (Riwayat al-Nasai’i no: 1795, al-Tirmizi, no: 414,Ibn Majah, no: 1140.)




MENJAUHI PERBALAHAN, MENINGGALKAN BERDUSTA SENTIASA BERAKHLAK MULIA

Daripada Abi Umamah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya menjadi penjamin terhadap rumah DI PINGGIR SYURGA kepada orang MENINGGALKAN PERBALAHAN walaupun dia yang betul, terhadap rumah DI TENGAH-TENGAH SYURGA bagi sesiapa yang MENINGGALKAN BERDUSTA walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di BAHAGIAN ATAS SYURGA bagi sesiapa yang MEMPERELOKKAN AKHLAKNYA.”(HR Abu Daud, no: 4800) 

[Sumber - Ustaz Ramli Joned]

No comments:

Post a Comment