Tuesday, October 11, 2016

Utamakan Ukhwah - Bukan Berbalah


Muslim dan mukmin mesti ada sikap berlapang dada, meraikan kepelbagaian pendapat. Imam Syafie menganggap qunut sunat abad. Bila dia solat dengan pengikut Imam Abu Hanifah dia tidak qunut sebagai menghormati imam itu.

Orang sekarang taksub dengan pendapat sendiri sehingga merenggang hubungan dengan mereka yang berpendapat lain. Jika perkara yang diperselisihkan itu perkara dasar kita tidak boleh berlapang dada sebab sudah diputuskan oleh syariah. Namun, jika perkara itu perkara cabang yang tidak disepakati oleh para ulama, kita harus menerima pendapat orang lain. Yang utama ialah ukhuwah. Bukan berdebat sehingga berpecah-belah.

Orang yang benar-benar alim, faham hal ukhuwah. Yang kurang faham sahaja sering bertekak mengatakan mereka yang betul. Kalau hendak berbahas, serahkan kepada orang yang berilmu tentang perkara itu.

Jangan cepat menghukum. Perhalusi dahulu bila terima apa-apa berita.


Bersangka baik dengan orang lain makan orang akan bersangka baik dengan kita. Orang lain TIDAK AKAN MENGUNGKIT dengan kita bila kita sendiri tidak mengungkit dengan orang lain. Jika hormat pada orang, orang juga akan melakukan perkara yang sama. Jangan asyik berpandangan serong sahaja.

No comments:

Post a Comment