Tuesday, October 18, 2016

Panjangkan Rezeki Bukan Panjang Umur


Kita patut memohon dipanjang rezeki, bukan dipanjang umur. Untuk apa panjang umur jika sakit selalu, sedangkan rezeki tidak ada untuk mengubati penyakit. Selera makan pun tiada. Hidup tiada guna.

Cuba fahami hadis mengenai hal ini:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ
Wahai manusia bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram” (HR. Ibnu Majah, dan Syaikh Al-Albani mensahihkannya).

Frasa "kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya" membawa maksud bila rezeki sudah habis,kita akan mati,bukan mati yang memutuskan rezeki. Jika mohon panjang rezeki, secara automatik umur kita pun panjang kerana rezeki masih ada. Janji Allah selagi ada rezeki,umur kita tidak akan ditamatkan menurut hadis ini.

Tidak timbul kata-kata kesalan bila seseorang mati tidak sempat makan itu ini,kerana rezekinya dah habis.Tidak timbul fahaman buat kenduri arwah kerana arwah lapar,sebab rezeki si mati sudah habis.Jadi bila sakit teruk,tidak lalu makan,itu petanda rezeki hendak habis. Usah dilenyek buah anggur dibibir,tetap tidak tertelan. Usah dititik air ke bibir yang kaku, tetap tidak mengalir ke kerongkong kerana rezekinya sudah tamat.Kematian bukan memutus rezeki,tetapi rezekinya telah habis, telah diberikan semuanya. Hanya yang tinggal ialah mengadap Allah untuk menjawab dua persoalan "Bagaimana rezeki diperolehi dan ke mana dibelanjakan".

Belanjakan apa yang Allah rezekikan kepd kita untuk diri, tanggungan, bekalan setelah mati dengan bersedekah.Bila kita mati,apa yang jadi rezeki kita turut berpindah tangan. Setiap orang telah ditentu rezekinya. Jangan bimbangkan anak hendak makan apa,anak hidup susah kalau tidak simpan harta. Itu seolah-olah menafikan janji Allah untuk memberi rezeki kepada setiap yang dijadikanNya, tidak yakin pada kuasa Allah. Allah beri rezeki kepada kita untuk kita belanjakan, bukan untuk dsimpan bagi anak cucu. Mereka pun dibekalkan rezeki. Hendak simpan pun biarlah berpada,jangan sampai ratusa juta. Simpanlah demi untuk bekal mati dengan sedekah,wakaf sebanyak mana pun. Apa yag dibekal masa hidup untuk mati, itulah rezeki setelah mati. Wallahua'lam

[Abdul Ghani Haron]

No comments:

Post a Comment