Saturday, April 19, 2014
Masjid Kampung Laut Nilam Puri
serenemaklong.blogspot.com
Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan antara masjid paling “bersejarah” di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).
SENIBINA MASJID KAMPUNG LAUT:
Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai.
Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.
[KPN]
Beriman kepada Qada’ dan Qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu Wataala yang telah ditetapkan olehnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan Hari Akhirat, dan dia beriman dengan Qadar Allah, sama ada baik atau buruk, manis atau pahit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment