Thursday, April 3, 2014

Jangan Menzalimi Dan Fitnah Dalam Melabel Dan Generalisasi

serenemaklong.blogspot.com
Masyarakat kita WAJIB memperbetulkan cara berfikir mengenai orang lain. Fahamilah, melabel seseorang sebagai mendokong sesuatu secara SEPENUHNYA hanya kerana beberapa aspek adalah zalim & memfitnahnya jua. Sebagai contoh orang yang :- - Mengkritik Kerajaan/BN, dalam beberapa hal TIDAK semestinya 'macai' Pakatan Rakyat - Mengkritik P.Rakyat dalam beberapa isu, TIDAK semestinya 'macai' BN - Sependapat dengan WAHABI dalam beberapa isu, TIDAK semestinya penyokong WAHABI dalam semua perkara. - Sependapat dengan Ash'ary dalam beberapa isu, TIDAK semestinya penyokong Ash'ary dalam semua hal. - Sependapat dengan Sufi Tarekat dalam beberapa isu, TIDAK semestinya penyokong SUFI dalam semua perkara. - Sependapat dengan Sekularis LIBERALIS BARAT dalam beberapa isu, TIDAK SEMESTINYA penyokong LIBERAL dalam semua hal. - Berpendapat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, TIDAK semestinya dia penyokong MURTAD. - Membantah penggunaan kalimah Allah oleh kristian dalam bhan terbitan mereka TIDAK semestinya extremist agama.
Semua kita JANGAN PANTAS 'generalisasi' kerana sebahagian besar generalisasi dan label adalah kezaliman dan fitnah serta menipu. Kelak nanti habis pahal amal soleh dek menebus dosa mangsa. Manusia sangat boleh bersetuju dalam satu dua perkara namun bercanggah dalam hal yang lain. Justeru, label dan serta merta cop seseorang sebagai itu dan ini TIDAK BOLEH diamalkan sama sekali.
Khalifah Umar al-Khattab berkata : لا تظن بكلمة خرجت من أخيك المؤمن شراًً وأنت تجد لها في الخير محملاً ُErtinya : Janganlah menyangka buruk dari satu kalimah dari saudaramu yang mukmin SEDANGKAN engkau boleh dapati padanya kemungkinan kebaikan (ertinya takwilan atau andaian maksud kebaikan )
Jika benar itu maksudnya dan kamu tidak bersetuju, bantahi dia pada isu yang spesifik itu sahaja tanpa perlu label atau generaliasi dirinya dengan keburukan yang kamu ciptakan sendiri sebagai senjata. [DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN]
Benarlah firman Allah : "Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah" Surah Al-Hasyr ayat 14.

No comments:

Post a Comment