Thursday, April 24, 2014

Kelas Al-Quran Percuma

Penyertaan anak-anak ke Kelas Al-Quran Percuma (KAP) sangat diraikan. Insan yang terdidik dengan Al-Quran sejak kecil - In sha Allah bakal menjadi 'Insan Al-Quran' apabila mereka besar nanti.Mereka ini pewaris ulama dqan anbia. Mereka yang bakal hidup dan membesar pada kehidupan di dunia akhir zaman ini - Sangat-sangat besar cabaran & dugaannya (Fitnah Akhir Zaman). Hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja Allah janjikan sebagai panduan hidup atau 'manual guide' yang menjamin manusia terus pada jalan yang lurus, sangat lurus sehingga ke pintu syurga. KELAS AL-QURAN PERCUMA (KAP) Lot 8M, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. SMS : +019.395.5505
Menurut Ustazah Rina Mhd Yusuf, salah seorang tenaga pengajar di sini, bagi peserta yang ada masa boleh datang mengaji 3 kali seminggu iaitu hari Jumaat selepas magrib, Sabtu dan ahad jam 9 - 11 pagi. Kadang-kadang selepas mengaji ada tazkirah dalam 5 minit,disusuli jamuan ringan. Kalau tidk banyak masa, datang seminggu sekali pun boleh juga. Ramai warga emas lelaki dan wanita yang turut serta. In sha Allah mereka akan adakan pula kelas fardu ain dan tafsir suatu hari nanti bila peserta masing-masing boleh membaca Al-Quran dengan baik.
TIP MENGHAFAL AL-QURAN ----- • Hendaklah bersemangat dan mengikhlaskan niat. • Menggunakan al-Quran Mushaf Rasm Uthmani kerana ia lebih mudah dan jangan menukar mushaf. • Setiap ayat yang hendak dihafal pastikan ia dibaca menepati hukum tajwid. • Hendaklah mengulang-ulang sehingga lancar. Jangan menukar ayat lain sekiranya belum lancar. • Menghafaz al-Quran hendaklah istiqamah. Hafalan dilakukan sebelum solat fardhu atau selepasnya. Sebaik-baiknya waktu subuh. • Hindari dari makanan yang haram dan jauhi maksiat. [Petua Ustaz Dr. Zahazan Mohamed]

No comments:

Post a Comment