Friday, April 11, 2014

Kebatilan Dalam Amalan Seni Bela Diri

Selepas kedatangan Islam, masyarakat Islam berusaha 'mengislamkan' berbagai amalan bukan Islam. Seni bela diri adalah di antara amalan yang cuba 'diislamkan'. Unsur-unsur luaran Islam mula diterapkan,misalnya jampi serapah digantikan dengan do'a dan ayat al-Quran.....Persoalan kini timbul, bolehkah menjadi Islam hanya dengan berpakaian Islam sepenuhnya di sebelah luar sedangkan hakikat dalamannya bukan Islam? Pasti ia tidak jadi Islam, sebab unsur syaitan dan gerak geri seni bela diri itu telah menjadi satu pakej, umpama darah daging yang tidak boleh dipisahkan. Malahan usaha itu akan menipu diri sendiri, sebagaimana yang sedang berlaku. Ia bukan seperti kotornya arak yang boleh menjadi suci dan halal apabila bertukar dengan sendirinya menjadi cuka.
Iblis dan syaitan musuh no. 1 manusia. Sayangnya ramai yang menjadikan syaitan dan iblis sebagai rakan kongsi yang intim dengan tipu daya yang halus seperti melalui amalan seni bila diri. Syaitan juga telah mengilhamkan amalan seni bela diri yang mereka amalkan. Kebanyakan amalan itu terselindung di sebalik amalan yang baik dalam istilah disiplin seni bela diri, contohnya tidak boleh tinggal solat dan apa juga kewajipan Islam yang lain, sehingga timbul keyakinan bahawa seni bela diri itu boleh membentuk disiplin diri yang baik. Sekilas pandang ia tidak bertentangan dengan ajaran islam. Realitinya semua syarat yang terkandung dalam perjanjian pantang larang sebagai tanda persetujuan, persahabatan, pemujaan dan penyembahan yang tidak disedari oleh pihak manusia, dari berbagai upacara pembukaan dan penutupan gelanggang, kenduri-kendara, jamuan, pelbagai lambang yang digunakan termasuklah pakaian dan warna itu semuanya ditentukan oleh syaitan atau jin. Rasulullah s.a.w mengingatkan kita tentang bahaya persetujuan seperti ini.
Satu ketika dahulu pihak berwajib pernah mengharamkan beberapa pertubuhan seni bela diri yang terang-terangan bercanggah dengan Islam seperti NASRUL HAQ dan juga SILAT SUNDA yang menjadi amalan sebahagian pengikut Jamaah Islam terkemuka di negara kita satu ketika dahulu, di antara contoh tipu daya syaitan dalam amalan seni bela diri. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut sila rujuk Majalah AL-ISLAM isu DISEMBER 2013 halaman 14-17 bertajuk "Mengesan Kebatilan Seni Bela Diri". Sebenarnya masalah perjalanan amalan yang batil di negara kita ini memang dipantau oleh mereka yang arif dalam bidang tasauf tarikat kesufian. Mereka sentiasa bertemu, bermesyuarat dan membuat kajian. Mereka baru sahaja selesai mengadakan satu perbincangan bersama pakar-pakar dalam bidang Ilmu tasauf tarikat yang dipanggil "Pertemuan Jilsah Turuk Sifiah". Turut sama dalam majlis tersebut termasuklah Mantan Mufti Negeri Sembilan Shaikh Dato' Hj Murtadha Shaik Ahmad.
Sejak dulu lagi terdapat ramai individu atau kumpulan yang hanya menyandarkan tokoh-tokoh wali dan alim ulama' terkenal tanpa ada hujah dan bukti. Kebanyakannya hanya sekadar menutupi perkara batil yang terkandung di sebalik amalan syirik dan khurafat. Inilah yang kita banyak temui dan berlaku dalam masyarakat kita iaitu "MENGHIASI AMALAN BATIL DENGAN AMALAN HAK@ISLAM". Contohnya, dengan pantang larang seperti tidak boleh menderhaka, berzina dan lain-lain... atau memulakan sesuatu dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran; namun ia hanya topeng... Allah lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment