Friday, July 12, 2013

Kronologi Kemunculan Syiah

serenemaklong.blogspot.com



KRONOLOGI ringkas mengenai kemunculan Syiah:

1) Runtuhnya Empayar Parsi (Iran) di tangan Umar al-Khattab.

2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang. Dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah).

3) Dimerdekakan dan diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.

4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri.

5) Uthman menjadi Khalifah. Enam tahun kemudian, muncul Abdullah bin Saba', Yahudi yang mengaku masuk Islam.

6) Abdullah bin Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, Kufah dan Basrah untuk menjatuhkan Uthman. Dia mempergunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah dan AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.

7) Uthman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah bin Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah mencipta rangka ajaran Syiah yang berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.

8 ) Sebelum daripada itu, Husain bin Ali bernikah dengan Shahrbanu, puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yang dicipta oleh Yahudi berjaya melebarkan sayap ke Parsi.

9) Munculnya berbagai aliran Syiah yang berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memerintah Iran, beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.

10) Yahudi menggunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu dan tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yang berkerjasama dengan Yahudi di Iran. Golongan yang tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam di seluruh dunia termasuk Syiah Melayu di Nusantara (Syiah jadian).

11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan:

Syiah adalah Yahudi bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid dan Imam Ja’far. Jangan keliru, Syiah bererti “golongan”. Dalam al-Quran ada 4 kali perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 dan al-Qasas ayat 15 (disebut 2 kali). 

Syiah yang disebut dalam artikel ini adalah dimaksudkan syiah yang biasa difahami oleh orang ramai.


Sumber: Bashir Ahmad

No comments:

Post a Comment