Thursday, July 4, 2013

Hati Terhiris Air Mata Menitis

serenemaklong.blogspot.com



   
HATI terhiris, air mata menitis, jemari bagaikan tak mampu menulis. 

Sekali lagi kebenaran dianugerahkan dengan ujian. Kebatilan bersukaria meraikan “kemenangan”.

Persaudaraan Muslim, berpegang teguhlah kepada prinsip perjuangan yang diasaskan Hassan Al-Banna. Kejayaan sentiasa menanti perjuangan yang gigih dan benar. Itu janji Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya dan sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji.

Beberapa tindakan yang dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi selepas kurang 24 jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi:

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan, terutama di Rabaah Abawiyyah.






2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah Abawiyyah.
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Morsi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Morsi.
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat perhimpunan Rabaah Adawiyyah (tempat penyokong Dr Morsi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan ke atas penyokong Dr Morsi di Rabaah Adawiyyah.

(Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM))

MESIR DAN GAZA




Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan satu-satunya perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak tentera Mesir juga menutup ratusan terowong-terowong bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

(Sumber: 
www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin )


Ya Allah, tabahkanlah hati saudara-saudara kami di Mesir. Berikan mereka ketenangan dan tetap berjuang bersama pemimpin yang amanah. ‎#PrayForEgypt

Cukuplah Allah bagi kami, Engkaulah sebaik-baik pelindung.

No comments:

Post a Comment