Sunday, May 5, 2013

Gout

 
GOUT berpunca daripada kadar asid urik berlebihan dalam darah sehingga menyebabkan pesakit rasa sakit pada sendi.

Kegagalan buah pinggang merupakan salah satu faktor ketidakseimbangan proses menyah asid berlebihan. Asid urik berlebihan di dalam badan mengganggu sistem metabolisme dan mengurangkan proses pengendalian asid yang melancarkan pengeluaran yang stabil.

Gout boleh berlaku disebabkan antaranya:-
* Keturunan.
* Pengambilan makanan kaya protein (makanan laut).
* Kekurangan air dalam badan.

Walaupun pada dasarnya gout seolah-olah tidak berbahaya namun jika gagal merawatnya akan mengundang penyakit batu karang di bahagian buah pinggang. Batu karang memudahkan jangkitan kuman serta merosakkan buah pinggang.
 
Dalam peringkat awal gout boleh dikenal pasti melalui:
Rasa sakit berdenyut-denyut di bahagian sendi seperti
- ibu jari kaki.
- lutut.
- pengelangan tangan.

Sekiranya tindakan tidak diambil:
- Setiap sendi menjadi bengkak dan sakit apabila disentuh.
- Merasakan sendi kebas dan pengerakan yang kurang.
- Menjadi benjolan yang panas dan kemerahan.
* Kadar metabolisme kurang.
- Suhu badan tidak menentu.
- Mudah demam.

Dengan mengenalpasti gejala gout kita akan dapat mengurangkan risiko kepada sistem sendi manusia.

Untuk gaya hidup yang sihat lebih baik kita mengamalkan sikap “cegah sebelum melarat” serta berpantang di segi pemakanan.

(Sumber: Muhamad Nor Kartor)


No comments:

Post a Comment