Monday, May 14, 2012

Sibutramine, Hydroquinone dan Tretinoin


serenemaklong.blogspot.com



SIBUTRAMINE (lazimnya dalam bentuk garam monohidrat hidroklorida) diguna dalam makanan dan pil pelangsing badan. Dahulu dijual di bawah berbagai jenama termasuk Reductil, Meridia dan Sibutrex. Namun pada 2010, ia dikeluarkan dari pasaran kerana menyebabkan peningkatan tekanan darah dan mengakibatkan serangan jantung serta angin ahmar.
Kesan sampingan yang lazim ialah: mulut kering, rasa mual, sakit perut, sembelit, susah tidur, rasa pitam, rasa mengantuk, kekejangan ketika haid, sakit kepala, muka merah, sakit otot atau sendi. Kesan sampingan lain yang serius dan memerlukan rawatan segera ialah  perubahan mental/mood seperti keresahan, kemurungan, dan sesekali muncul keinginan membunuh diri.

Produk pelangsing badan berdaftar yang mengandungi sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

STEROID - satu lagi bahan terkawal yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Steroid natural atau sintetik diguna dalam rawatan arthritis, penyakit Addison’s dan penyakit kulit tertentu.

Kesan sampingan akibat dos berlebihan dan tempoh pengambilan  lama yang boleh menjadi serius adalah seperti tekanan darah tinggi, edema (pembendungan air dalam tubuh), pertumbuhan bulu badan tidak dikehendaki, dan gangguan pusingan haid.

Anabolic steroids untuk membina kekuatan pesakit-pesakit yang  tenat telah disalahguna oleh atlet bina badan untuk meningkatkan jisim dan kekuatan otot mereka. 

Produk tradisional berdaftar mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tidak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

HYDROQUINONE umumnya diguna sebagai bahan pencerah kulit. Bagaimanapun penggunaannya diharamkan di Negara Kesatuan Eropah.
Pada 2006, Pentadbiran Makanan dan Drug (FDA) Amerika Syarikat mencadangkan pengharaman ke atas semua persediaan hydroquinone yang diambil secara oral kerana potensinya sebagai karsinogen (penyebab kanser).
Penggunaan hydroquinone sebagai agen pencerah kulit boleh menjadi efektif dengan penggunaan yang betul, namun kadang-kadang hydroquinone digabungkan dengan alpha hydroxyl acid bagi mempercepatkan proses pencerahan. Akibat pengelupasan berlebihan, kulit menjadi sensitif dan bengkak. 

TRETINOIN adalah vitamin A berbentuk asid (dinamakan retinol) yang umumnya dipreskripsi untuk merawat akne dan myeloid leukemia. Ia  meningkatkan pertumbuhan dan pusing-ganti sel-sel kulit yang mengecilkan liang dan menghilangkan akne.
Walaupun efektif sebagai rawatan kulit, ia juga ada kesan sampingan iaitu kulit semakin kering, mengelupas dan cenderung mengalami kemerahan akibat sinaran matahari. Pesakit akne patut menggunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 15 setiap hari. 

Produk kosmetik mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu daripadanya:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

(Sumber: Wikipedia/Berita Harian Online)

No comments:

Post a Comment