Monday, May 21, 2012

Makhluk Halus Menghalang Dia Ke Sekolah


serenemaklong.blogspot.com



SEBENARNYA saya belum pernah melihat bagaimana seseorang yang sakit akibat gangguan makhluk halus dirawat. Saya hanya menontonnya di TV3 dalam program “Al Kuliah” yang dikendalikan oleh perawat perubatan Islam terkenal, Ustaz Sharhan. Adakalanya, sesi rawatan dirakamkan buat panduan pada masa hadapan.

Peluang untuk saya melihat sendiri sesi rawatan seperti itu datang pada bulan Mac lalu. Termasuk bulan itu, sudah hampir 4 bulan Fitri menghadapi gangguan apabila hendak ke sekolah. Pasti ada sahaja gangguan pelik yang berlaku. Adakalanya jari-jari tangannya bergerak sendiri, pada masa lain pula kakinya menjadi terlalu berat untuk diangkat, matanya tidak boleh dibuka, dan Fitri terlihat makhluk-makhluk aneh lagi menakutkan menunggunya di depan pintu pagar sekolah. Yang paling kerap dirasainya ialah sesak nafas apabila menghampiri kawasan sekolah.

Pada pagi itu pun Fitri diganggu lagi. Semasa di dalam kereta lagi Fitri sudah merasa sesak nafas, manakala tangan kanannya pula membentuk seperti ular tedung. Tiada apa dapat dilakukan lagi, bapa Fitri membawanya pulang ke rumah.

Sesampai dirumah, nafas Fitri semakin lega. Tetapi tangannya masih seperti ular tedung yang bergerak. Bapa Fitri, seorang pengamal perubatan Islam membuat keputusan untuk berdialog dengan makhluk yang menganggu.

Setelah membaca Bismillah 5, diikuti dengan Surah An-Namlu 30-31, bapa Fitri berkata:

Dengan Nama Allah dan Dengan izin Allah, jawab semua soalan aku.   Adakah kamu ini jin saka?
Jin ular: Ya.
Bapa Fitri: Adakah kamu saka dari sebelah bapanya?
 Jin ular: Ya
Bapa Fitri: Jadi kamu ni keturunan Mandailing ye?
Jin ular: Ya
Bapa Fitri: Biar betul kamu ni... Ya Allah, aku mohon kepadaMu supaya dibakar makhluk ini jika dia berbohong. 

Bapa Fitri membaca selawat tafrijiyah dan ditiupkan ke arah jin ular.

Bapa Fitri: Sekali lagi aku tanya, adakah kamu ini jin saka?
Jin ular: Tidak.
Bapa Fitri : Oh... kamu nak tipu aku tadi ye? Jadi kalau bukan saka, siapa kamu? Adakah kamu dihantar orang?
Jin ular: Ya.
Bapa Fitri: Adakah kamu ada agama?
Jin ular: Ya.
Bapa Fitri: Kamu beragama Islam?
Jin ular: Bukan.
Bapa Fitri: Kristian?
Jin ular: Bukan.
Bapa Fitri: Hindu?
Jin ular: Bukan.
Bapa Fitri: Buddha?
Jin ular: Bukan.
Bapa Fitri: Yahudi?
Jin ular: Ya...
Bapa Fitri: Oh.. ada juga jin yahudi di Malaysia ni ye..
Bapa Fitri: Kamu tahu Islam?
Jin ular: Tidak.
Bapa Fitri: Biar aku terangkan apa itu Islam.

Bapa Fitri seterusnya menerangkan apa itu Allah, Islam, Syurga, Dan Neraka.

Bapa Fitri: Kamu nak masuk Syurga atau Neraka? 

Jin ular diam, tidak menjawab

Bapa Fitri: Kamu nak masuk Islam?
Jin ular: Tak mahu
Bapa Fitri: Baiklah, tiada paksaan dalam agama. Tapi aku ingatkan   kamu, zalim kalau jin menceroboh tubuh manusia. Kamu mahu   keluar?"
 Jin ular: Tak mahu.
Bapa Fitri: Adakah jin-jin lain turut dihantar untuk menganggu?
Jin ular: Ada.
Bapa Fitri: Adakah kamu ketua mereka?
Jin ular: Bukan.
Bapa Fitri: Panggil ketua kamu, aku nak bercakap dengan ketua kamu?
Bapa Fitri lantas membaca surah An-Namlu 30-31 lagi. Tidak lama kemudian, gerakan pada tangan Fitri berubah menjadi bentuk lain pula.

Moral of the story: Jin, apatah lagi syaitan adalah makhluk yang suka berbohong. Dialog dengan mereka hanyalah dibenarkan untuk tujuan dakwah. Apa sahaja yang dikatakan oleh mereka, haruslah "DISMISS" begitu sahaja.

Beberapa hari lalu saya dimaklumkan bahawa keadaan Fitri sudah bertambah baik selepas melalui beberapa sesi rawatan. Gangguan yang dialaminya kini semakin hari semakin lemah. Fitri sendiri pun sudah membuat tekad hendak berusaha keras bagi memastikan dia berada di dalam kumpulan teratas dalam kelasnya. ALHAMDULILLAH.


1 comment: