Mata Sentiasa Terang
Menggunakan komputer terutama sekali netbook yang bersaiz kecil selama berjam-jam atau menonton TV tanpa membuka lampu pada waktu malam boleh membuat mata letih dan penglihatan menjadi kabur serta kurang jelas. Jika ini berlarutan ia boleh menjejaskan mata. Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan terang sehingga tua, amalkan membaca Surah 4 Qul ketika membasuh muka selepas bangun tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata.
Surah-surah 4 Kul tersebut adalah:
Surah Nas.
Surah Falaq.
Surah Ikhlas.
Surah Kafirun.
InsyaAllah, mata akan sentiasa terang walaupun ketika memandu pada waktu malam. Amalkan juga makan makanan yang membekalkan vitamin A seperti karot yang mengandungi beta-carotene. Contoh, minum jus karot susu. Buah betik juga berkhasiat untuk menjaga mata dan mengatasi masalah sembelit. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment